Connect with us

Semasa

BNM Naikkan OPR, Bank Akan Semak Semula Kadar Rujukan Mereka

Secara umum, OPR ini amat penting dalam dasar monetari Malaysia.

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan OPR memberikan kesan terhadap pelbagai ukuran kewangan misalnya kadar deposit, kadar pinjaman, pertukaran matawang asing, dan faedah pembiayaan perumahan.

Ekoran pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bank-bank bakal menyemak semula kadar rujukan mereka.

Menerusi laporan Bernama, kadar OPR telah dinaikkan kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus pada hari ini oleh Bank Negara Malaysia.

Difahamkan, RHB Banking Group dan Public Bank akan menyemak semula Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas (bps).

Menurut suatu kenyataan, RHB Bank menyatakan bahawa SBR bakal dinaikkan kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus, BR kepada 3.50 peratus setahun daripada 3.25 peratus, dan BLR pula kepada 6.45 peratus setahun daripada 6.20 peratus.

Manakala dalam kenyataan lain yang berasingan, Public Bank memaklumkan bahawa SBR mereka akan menjadi 2.75 peratus, BR pula dinaikkan kepada 3.27 peratus daripada 3.02 peratus, dan BLR akan dinaikkan kepada 6.47 peratus daripada 6.22 peratus.

Selari dengan semakan semula yang telah dibuat itu, RHB Bank, RHB Islamic Bank dan Public Bank menyelaraskan kadar deposit tetap mereka.

Berdasarkan kenyataan lain, Affin Bank Bhd menyatakan bahawa Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd bakal menaikkan kadar rujukan mereka iaitu sebanyak 25 mata asas.

Selain daripada itu, turut dinaikkan juga Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka Affin Islamic.

Terdahulu, MIDF Research telah menjangkakan bahawa BNM akan bersiap sedia lebih awal dalam hal dasar monetarinya dengan menaikkan OPR ke tahap prapandemik menjelang Januari tahun 2023.

Dimaklumkan juga bahawa menerusi Mesyuarat Dasar Monetari, tindakan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 bps daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus terakhirnya pada 2022 adalah selaras dengan pasaran semasa, bagaimanapun masih kekal di bawah paras prapandemik.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.