Connect with us

Viral

“Bila cikgu normalize, pelajar “pengawas” lain pun buat suka hati dorang je.”, Pelajar Perempuan Kecewa Diraba Ketika Haid

Amalan membuat pemeriksaan terhadap pelajar perempuan yang sedang haid di sekolah menengah telah diketengahkan oleh orang ramai. Ramai yang berpendapat isu ini secara tidak langsung menimbulkan gangguan seksual terhadap pelajar sekolah.

Walaupun niat pihak sekolah memeriksa pelajar perempuan untuk memastikan mereka tidak menipu, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan.

Baru-baru ini sebuah dakwaan seorang pelajar perempuan mengatakan pihak sekolahnya masih melakukan pemeriksaan haid sehingga ada meraba alat sulit mereka.

Insiden itu dikongsikan oleh Ain Husniza Saiful Nizam, yang sebelum ini tular dengan kes gurauan seksual di sekolah. Dia memaparkan mesej yang diterimanya dari pengadu di Twitter.

Pengadu mendakwa, pelajar perempuan akan diperiksa oleh pengawas di bahagian kemaluan menggunakan pensil atau pen. Lebih teruk, ada pengawas yang melakukan pemeriksaan itu hanya dengan menggunakan tangan kosong.

“Kitorang sesi pagi kalau ada spotcheck, pengawas akan check semua. Yes raba, tetapi menggunakan pensil atau pen untuk diorang lalu dekat private part. Tetapi untuk sesi petang, pengawas perempuan, diorang raba dengan tangan kosong.

“Apabila student mengadu dekat cikgu, cikgu pula tuduh diorang memfitnah pengawas. Padahal ramai kot saksi.

“Paling tak bioleh percaya, cikgu yang cakap fitnah itu sendiri pernah meraba student. Walaupun cikgu perempuan, mana boleh (berbuat demikian) kan?

“Sebelum raba tu, pelajar kena lompat bintang dalam lima kali,” katanya.

Difahamkan, pemeriksaan haid dilakukan bagi membuktikan pelajar perempuan tidak dapat menyertai solat berjemaah harian yang biasa diadakan.

Di ruangan komen, netizen menggesa pengadu tampil mendedahkan nama sekolah tersebut sekiranya pihak sekolah tidak mengambil tindakan ke atas isu tersebut.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.