Connect with us

Viral

Biadap! ‘Mak Guard’ Dirakam Tunjuk Isyarat Lucah Pada Warga Emas Semasa Bertugas

Tugas sebagai pengawal keselamatan sudah semestinya untuk menjaga keselamatan orang ramai. Ada yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab namun tak kurang juga yang kurang adabnya.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, adab berkomunikasi antara satu sama lain haruslah dipraktikkan agar tidak menimbulkan masalah yang lebih besar.

Namun apakan daya, setiap kali ada masalah bukannya ajak berbincang tetapi sebaliknya. Tambah pula dengan kuasa viral, semua benda nak ditularkannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Persis kisahnya baru-baru ini dimana dua orang pengawal keselamatan wanita yang bertugas di kondominium dirakam telah memaki hamun seorang lelaki warga emas ketika bertugas.

Video tersebut tular di laman Facebook. Video memaparkan ‘mak guard’  itu telah mengugut, bertengkar dan memukul warga emas berkenaan. Lokasi kejadian dikatakan di kawasan Kuchai Lama.

Rentetan daripada itu, rata-rata yang menonton video tersebut bengang dan menanggap ‘mak guard‘ berkenaan biadap! Mana taknya, salah seorang daripada mereka siap menunjukkan jari tengah kepada lelaki yang dipaggil mabuk itu.

Namun, tak kurang juga yang berpendapat kalau tidak ada salah, tidak mungkin dua orang ‘mak guard‘ tersebut naik hantu sehingga berkelakuan biadap.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di laman Facebook

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tambahan pula, video yang dimuat naik hanya separuh jalan. Mungkin ada kejadian sebelum itu yang tidak diceritakan kepada orang ramai. Oleh itu, sukar untuk netizen untuk mengadili mana-mana pihak.

Video yang tular di laman Facebook

Menurut seorang penghuni kondomunium tersebut, Ain Jusri, lelaki yang dimaki ‘mak guard‘ tersebut memang selalu mabuk sehingga menggangu jiran-jiran. Pihak polis dan pengurusan kondominium juga dikatakan sudah ‘masak’ dengan perangai lelaki berkenaan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.