Connect with us

Politik

Bergambar Dengan Haqiem Stopa, Wan Ahmad Fayhsal Jadi Perhatian Netizen

Pelbagai cara yang sanggup dilakukan oleh ahli politik untuk menarik minat penyokong lebih-lebih lagi kaum muda yang kini merajai dunia media sosial.

Sama seperti seorang ahli politik ini, Wan Ahmad Fayhsal yang baru saja memuat naik gambar bersama Tiktoker terkenal Haqiem Stopa di Facebook miliknya.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, beliau kagum dengan Haqiem yang disifatkannya sebagai bersemangat dan ikhlas.

“Hari ini saya menerima kunjungan Haqiem Stopa, seorang anak muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda! Saya benar-benar berasa kagum dengan semangat dan keikhlasan sdr. Haqiem yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia di negara ini.

“Haqiem yang terkenal menerusi platform TikTok sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk kita untuk terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.

“Insya-Allah, nanti Haqiem akan turut serta dalam acara sambutan ulang tahun ke-10 Santai Anak Utara (SAU) yang bakal dijalankan dalam masa terdekat!
Ayuh anak muda, kita bersatu membina negara!”

Rentetan daripada perkongsian itu, pelbagai respons daripada netizen yang rata-rata membahan YB tersebut.

“Malaysia dah tenat, YB pun da nyanyok,”

“Sampah betul!”

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.