Connect with us

Viral

Berani! Dua Lelaki Ragut Beg Tangan Dalam Restoran Diburu Polis

Walaupun telah banyak usaha yang pihak berkuasa jalankan untuk membanteras jenayah ragut, rakyat Malaysia masih tidak terlepas daripada menjadi salah seorang mangsa daripada masalah ini.

Peragut di negara ini semakin licik dengan menggunakan pelbagai taktik yang tidak disangka-sangka oleh mangsa. Oleh itu orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk menjaga barangan berharga di tempat yang selamat semasa di luar.

Beberapa hari lepas tular sebuah video di mana dua orang suspek lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 meragut beg tangan seorang wanita di kedai kopi pada jam 6.30 petang.

Menurut laporan Utusan TV, suspek kini diburu polis setelah mangsa berumur 57 tahun membuat laporan mengenai kejadian. Kejadian dipercayai berlaku di Jalan SJ 3, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Sabtu lalu (18 Jun 2022) .

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata laporan tersebut telah diterima oleh pihaknya dan siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan warga tempatan.

“Salah seorang suspek bertindak masuk ke dalam restoran lalu merampas beg tangan yang berada di atas paha mangsa lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal yang berada di luar restoran tersebut,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya sedang diat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek. Dalam pada itu, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor, Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222/011-12300778 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, video yang dirakam menggunakan dash cam seorang pemilik kereta ini tular di media sosial serta menerima pelbagai respon dari netizen.

Video yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.