Connect with us

Hiburan

“Berak pun kena buat video? Hidup Ummah” – Netizen Perli Caprice

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis menerima rawatan dipercayai mengalami gangguan sihir. Malah, Caprice turut meminta bantuan ramai bagi mengubati penyakit misteri itu.

Terbaru, perkongsian Caprice mengejutkan ramai apabila memuat naik video tarian Marry Me yang menjadi trend di media sosial.

Menerusi video itu, isterinya dilihat menari sambil memegang beberapa jenis perisa vape. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian, Caprice duduk di tandas sehingga mendedahkan aurat bahagian pahanya.

Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa rakaman di tandas itu tidak manis dipaparkan.

Kata netizen lagi, aurat lelaki sememangnya selepas lutut sahaja tetapi bukannya menutup lutut sebaliknya mendedahkan bahagian paha.

Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen meminta video itu dipadam sebelum penyanyi rap itu dikecam teruk oleh netizen.

Video tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.