Connect with us

Politik

Bendera Parti Dicabut & Dibuang Dalam Parit, Calon PH Luah Kecewa Individu Guna ‘Taktik Kotor’

Lumrah manusia untuk kita berusaha melakukan apa sahaja bagi memperoleh apa yang kita inginkan. Walau bagaimanapun, masih ada individu yang sanggup menggunakan taktik kotor demi kepentingan diri sendiri.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Bernama, terdapat lebih 200 bendera Pakatan Harapan (PH) telah dicabut dan dibuang ke dalam parit.

Difahamkan, bendera tersebut sebelumnya dipasang di sepanjang laluan Kampung Parit Kuari dekat Ayer Hitam, Johor dan dipercayai telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Calon PH Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Umar Bagharib Ali menyatakan bahawa para petugas yang memacakkan bendera menyedari bahawa kejadian bendera itu telah dibuang ke dalam parit sekitar 8 pagi semalam walhal baru sahaja enam jam dipasang.

“Tengah hari tadi, saya dihubungi oleh para petugas kerana mereka memberitahu bendera kami telah DICABUT & DICAMPAK DALAM PARIT. Sekitar 200 bendera telah dicabut.

“Kami amat kecewa terhadap sikap politik samseng sebegini dan mengutuk mana-mana pihak yang menggunakan taktik kotor serta tidak bertamadun dalam pilihan raya.

“Sikap ini telah mencalarkan demokrasi yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara sihat dan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga pihak berkuasa,” tegas beliau mengenai insiden tersebut.

Namun begitu, Sheikh Umar yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Johor telah mengarahkan petugas PH di Parlimen itu agar tidak melakukan sebarang tindak balas di luar sempadan undang-undang pilihan raya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah memaklumkan bahawa pihak beliau belum menerima sebarang laporan berkenaan dengan kejadoian terbabit di mana bendera parti politik dicabut atau dibuang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kerusi Parlimen itu bakal menampilkan persaingan antara tiga parti politik yang melibatkan penyandang Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari Barisan Nasional, Sheikh Umar dan calon Perikatan Nasional Muhammad Syafiq A. Aziz.

Difahamkan, Wee memenangi parlimen itu dengan majoriti tipis sebanyak 303 undi pada PRU yang lalu.

Sekadar info, tarikh 19 November telah ditetapkan sebagai hari mengundi untuk PRU15, manakala pengundian awal pula bermula pada 15 Nov.

Hantaran Facebook Sheikh Umar:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.