Connect with us

Semasa

Bekas Renjer Menang Saman RM300K, Penahanan 311 Hari Lokap Adalah Tidak Sah

Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai kaedah telah digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi membanteras isu dadah ini. Walau bagaimanapun, itu bukan ‘tiket’ untuk melakukan tindakan sendiri secara sembarangan lebih-lebih jika si tertuduh belum didapati bersalah.

Begitulah yang berlaku pada seorang bekas anggota tentera oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdahulu telah ditahan selama 311 hari pada 2014 adalah suatu kesalahan.

Menerusi artikel Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah mengarahkan Mohamad Maliki Abdul Halim, 35, diberikan ganti rugi am, khas, teladan teruk secara global sebanyak RM 300,000.

Abazafree turut mengarahkan defendan agar membayar kos guaman berjumlah RM 30,000 dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan penghakiman yang telah dibuat, penahanan yang dilakukan ke atas plaintif selama 311 hari itu adalah tidak sah dan salah.

“Mahkamah mendapati berlaku kepincangan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadap plaintif yang dibuat secara semberono.

“Mahkamah juga mendapati berlaku salah guna kuasa oleh defendan selain disifatkan tidak bertanggungjawab sehingga plaintif dinafikan hak untuk bersama keluarga serta kehidupan bebas,” jelas beliau berhubung dengan isu tersebut.

Wakil peguam plaintif, Shaharuddin Mohamed, manakala defendan pula diwakili oleh peguam Norfauzani Mohd Noordin ketika perbicaraan dijalakankan.

Sebelumnya, Mohamad Maliki iaitu plaintif kes ini telah memfailkan saman pada Mei 2018 dengan menamakan Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia; Panglima Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Menurut penyataan tuntutan berkenaan, satu operasi pencegahan dadah telah dilakukan terhadap 26 anggota termasuk plaintif pada Mac 2014.

Hasil operasi itu telah mendapati bahawa sembilan anggota termasuk plaintif positif dadah.

Difahamkan, plaintif sudah dibicarakan dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tentera sebelum dikenakan tahanan ketat dengan diletakkan di dalam bilik lokap selama 250 hari sehingga 8 April 2015.

Maliki pada waktu itu bertugas sebagai anggota Renjer Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja Kem Desa Pahlawan.

Ketika plaintif ditemui, dia meluahkan rasa syukur akhirnya kebenaran memihak kepadanya setelah terkurung sekian lama.

Tambah Maliki, sangat berat ujian yang telah dialaminya sejak 2014 ekoran selain ditahan, dia dan isterinya pula bercerai dan kini berjauhan dengan anak-anaknya.

“Bagaimanapun saya menganggap ujian yang berlaku ada hikmah dan bersyukur atas keputusan hari ini.

“Selama empat tahun penantian saya dan saya terpaksa ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan, alhamdulillah akhirnya keputusan memihak kepada saya,” jelas Maliki yang kini bekerja sebagai juruteknik.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.