Connect with us

Luar Negara

Bekas Pegawai Polis Ceroboh Taska & Lepaskan Tembakan, Seramai 36 Mangsa Terkorban

Umumnya, kadar kes tembak menembak ini kebanyakannya berlaku di luar negara. Bagaimanapun, itu bukan tiket buat kita untuk ambil mudah begitu sahaja terhadap isu yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa ini.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Harian Metro, kita telah digemparkan dengan kes puluhan kanak-kanak dan guru maut akibat ditembak oleh seorang bekas pegawai polis di bawah pengaruh dadah.

Difahamkan, tertuduh telah menceroboh sebuah taska di Thailand dan membunuh kanak-kanak, guru dan menembak lebih ramai lagi.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya seramai 36 individu yang terkorban dalam peristiwa gelap itu yang dikatakan kes amukan paling dahsyat dalam sejarah negara dan ramai juga mangsa yang cedera berikutan insiden berkenaan.

Apa yang paling menyedihkan, kebanyakan mangsanya ialah kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, tertuduh yang baru sahaja dipecat sebagai anggota polis pada awal tahun ini, turut membunuh isteri dan anaknya di rumah sebelum membunuh diri sendiri.

Kronologi kejadian, pada waktu itu kanak-kanak prasekolah itu sedang tidur pada waktu tengahari.

Seakan angin tiada ribut, tiba-tiba tertuduh keluar dari keretanya dan menembak seorang lelaki yang sedang menjamu makanan tengaharinya.

Kemudian bertindak melepaskan lebih banyak lagi tembakan.

Sebaik sahaja tertuduh berhenti sebentar untuk mengisi peluru, guru itu berlari masuk ke dalam taska.

“Saya berlari ke belakang, kanak-kanak sedang tidur.

“Kanak-kanak itu berumur sekitar dua atau tiga tahun, ” kata wanita tersebut.

Saksi lain pula memaklumkan bahawa kakitangan taska sudah bertindak mengunci pintu, akan tetapi tertuduh yang bersenjata itu menembak dan masuk ke dalam taska berkenaan.

“Guru yang meninggal dunia mempunyai seorang kanak-kanak dalam pelukannya.

“Saya tidak fikir dia akan membunuh kanak-kanak, tetapi dia menembak di pintu dan dapat masuk,” kata seorang saksi.

Dalam pada itu, jurucakap polis Archayon Kraithong menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya 10 individu cedera, termasuk enam kritikal.

Dikatakan, serangan itu berlaku di luar bandar Uthai Sawan di wilayah timur laut Thailand, Nongbua Lamphu, salah satu wilayah termiskin di negara itu.

Video yang telah diambil oleh saksi pertama yang tiba di tempat kejadian, dapat dilihat anggota penyelamat bergegas masuk ke dalam bangunan satu tingkat itu.

Anggota penyelamat bertindak melepasi pintu depan kaca yang pecah, dengan titisan darah kelihatan di atas tanah di pintu masuk.

Melalui rakaman disiarkan selepas serangan itu, ahli keluarga yang panik kedengaran menangis di luar bangunan.

Manakala, satu imej memaparkan keadaan lantai yang berlumuran darah di mana tikar tidur bertaburan di sekeliling bilik dipenuhi abjad dan hiasan berwarna-warni lain menghiasi dinding.

Penyerang telah dikenal pasti iaitu merupakan bekas pegawai polis berusia 34 tahun, Panya Kamrap.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.