Connect with us

Semasa

Bekas Mudir Berdepan 15 Pertuduhan Amang Seksual

Ancaman seksual di sekolah bukan satu isu asing lagi di negara ini. Malah kajian yang dibuat All Women’s Action Society (Awam) mendapati sebanyak 79.4% daripada hampir 300 kes gangguan seksual di institusi pendidikan melibatkan pendidik dan pihak berkuasa sekolah.

Tidak terkecuali, pelajar lelaki turut mengalami perkara yang sama seperti puting dicubit dan bahagian sulit diraba.

Dilaporkan seorang bekas mudir (pengetua) maahad tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di Ipoh, hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual atas lima pelajar lelaki maahad tahfiz yang diurusnya tahun lalu.

Memetik laporan daripada Harian Metro, tertuduh, Azizul Yahya, 30, bagaimanapun hadir ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Norita Mohd Ardani.

Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan beberapa perbuatan seksual.

Perbuatan tersebut didapati dilakukan terhadap lima kanak-kanak berbeza yang ketika kejadian berusia antara 12 tahun hingga 15 tahun selain tertuduh ketika kejadian mempunyai hubungan amanah kepada mangsa sebagai seorang Mudir di maahad tahfiz berkenaan.

Semua kesalahann ditemui dilakukan antara Februari 2021 hingga 18 Oktober 2021 di Batu Gajah, Perak.

Pertuduhan dibacakan antaranya mengikut Seksyen 14(a), 14(b), Seksyen 14(d), dan Seksyen 15(e), Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta sama.

Bagi kesalahan Seksyen 14(a), Seksyen 14(b), dan Seksyen 14(d) AKKSTKK 2017, hukuman yang dikenakan jika didapati bersalah adalah penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan sementara untuk kesalahan Seksyen 15 (e), sabit kesalahan memperuntukkan penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara Seksyen 16 akta itu yang dibacakan bersama menyatakan, jika seseorang melakukan mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam jadual terhadap seorang kanak-kanak yang mempunyai amanah dengan kanak-kanak itu, maka hukuman hendaklah diberatkan lagi kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan yang tidak kurang dari dua sebatatan.

Timabalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd Rabi.

Hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, mengambil kira bilangan pertuduhan serta jumlah mangsa bagi kes tertuduh selain bimbang risiko kacau ganggu tertuduh terhadap saksi kes jika jaminan dibenarkan.

Norita kemudiannya menetapkan 23 Februari depan untuk kes disebut semula termasuk untuk serahan dokumen berkaitan.

Ketika ditemui di luar bilik perbicaraan, Syahrul Nizam berkata, pihaknya akan failkan semakan kehakiman berhubung keputusan Norita yang tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.