Connect with us

Semasa

Bekalan Bahan Mentah Telur Semakin Berkurang, Penduduk Luah Rasa Bimbang

Isu kekurangan bekalan bahan bukanlah satu perkara yang kita boleh pandang ringan sahaja. Hal ini membuatkan warga masyarakat semakin bimbang akan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di waktu ekonomi tergugat seperti inflasi kini.

iospital phone repair gombak

Memetik laporan Harian Metro, baru-baru ini bekalan telur ayam dikatakan tidak mencukupi di pasaran kawasan Kuala Nerus itu.

Hal ini amat merisaukan kerana ia menjadi keperluan hidangan termasuklah musim tengkujuh.

Difahamkan, kekurangan bekalan bahan itu semakin teruk selepas harga kawalan diletakkan terhadap bahan mentah itu.

Tidak cukup dengan itu, ruang yang menempatkan telur ayam di salah sebuah pasar raya di situ mulai kosong selepas jam 12 tengah hari.

Pengguna, Fauziah Fauzi, 33, yang berasal dari Gong Badak menyatakan bahawa dia sering membeli telur ayam pada setiap hari untuk tujuan berniaga.

“Saya berniaga kedai makan dan telur adalah antara keperluan utama untuk menyediakan masakan selain membuat telur separuh masak untuk jualan sebelah pagi.

“Bagi memastikan tidak terlepas, saya terpaksa datang setiap hari dan beratur untuk mendapatkan telur ini,” jelasnya mengenai hal tersebut.

Peniaga kuih Halimah Jusoh, 53, dari Kampung Mengabang Telipot turut menerangkan bahawa dia memerlukan kuantiti bahan mentah telur yang banyak untuk membuat kuih-muih.

“Saya membuat pelbagai kuih-muih untuk jualan dan krisis telur ayam ini menyebabkan perniagaan saya terganggu sehingga ada ketika langsung tidak berniaga kerana tidak ada telur untuk membuat kuih,” kata Halimah.

Dalam pada itu, Pengurus Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Mohd Azuan Sa’ad memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa mengehadkan pembelian hanya dua papan telur untuk setiap pelanggan.

Hal ini dilakukan bagi memastikan pembeli lain turut dapat membeli bekalan bahan itu.

Jelasnya, pihaknya juga terpaksa ‘mencatu’ had pembelian disebabkan kuantiti yang diterima daripada pembekal sangat sedikit.

“Sebelum krisis, kita menerima sebanyak 1,000 papan telur ayam, tetapi sejak kebelakangan ini, pembekal hanya boleh bagi 100 papan sahaja.

“Sebanyak 10 peratus daripada kuantiti yang sepatutnya kami terima ‘hilang’ dan bayangkan bagaimana kita nak jual dengan kuantiti sebanyak itu,” ulasnya lanjut.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.