Connect with us

Semasa

Bayaran BKM Fasa 2 Secara Berperingkat Dimulakan 27 Jun Ini

BKM (Bantuan Keluarga Malaysia)  adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Oleh itu, hanya beberapa kategori terpilih sahaja yang layak membuat permohonan dan menerima bantuan tersebut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pembayaran bagi individu yang layak mendapatkan BKM Fasa 2 akan dilakukan secara berperingkat mulai 27 Jun (hari ini).

Jelasnya, semakan status pembayaran boleh dibuat mulai hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

“Seperti mana diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, BKM Fasa 2 telah ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.0 bilion.

“BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang,” katanya.

Tambahnya lagi, BKM adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM 2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

“Ini adalah peningkatan bantuan sebanyak 120% sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan,” katanya.

Peningkatan tersebut adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

Ini bermakna lebih ramai keluarga Malaysia layak menerima bantuan, termasuk kalangan M40 dan bukan hanya kumpulan B40, sama seperti skim Bantuan Tunai Langsung sebelum ini.

“BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40, namun hakikatnya BKM kini memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu bersamaan dengan 60 peratus daripada rakyat dewasa di Malaysia,” katanya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.