Connect with us

Viral

Bawa Honda Tapi Taknak Bayar Tol, Rakaman ‘Dashcam’ Tular Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Seperti yang kita sedia maklum, setiap kenderaan kecuali motosikal wajib lakukan pembayaran tol jika melalui kawasan lebuh raya. Bagaimanapun, masih ada individu yang sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya demi tidak membayar tol kenderaan mereka.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular suatu video ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic tidak membayar tol dan pemandu kenderaan tersebut sanggup mengekori rapat kenderaan lain untuk melepasi tol berkenaan.

Video ‘dashcam’ yang berdurasi selama 2 minit 14 saat itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @nhm0312 menunjukkan bahawa kejadian itu telah berlaku pada jam 9.39 malam Isnin lalu, di Plaza Tol MEX Salak Selatan.

Difahamkan menerusi video yang tular itu, Honda Civic itu dilihat tidak berjaya pada mulanya untuk mengekori kereta di hadapannya untuk melepasi tol.

Kemudian, pemandu Honda Civic itu bertindak memandu secara ‘reverse’ memberi laluan kepada pemilik video dashcam ini untuk lalu di hadapannya.

Seakan tahu apa yang ingin dibuat oleh pemandu Honda Civic itu, wanita pemilik dashcam tersebut bertindak melepasi tol secara perlahan agar pemandu tidak bertanggungjawab di belakangnya itu tidak sempat mengekorinya.

Akan tetapi, Honda Civic itu mengekorinya dengan begitu rapat dan akhirnya berjaya melepasi tol berkenaan tanpa perlu membuat sebarang pembayaran dengan ‘jayanya’.

Tidak berpuas hati dengan insiden tersebut, wanita itu mengambil langkah untuk menularkan video dashcam itu kepada orang ramai.

Hasilnya atas risikan netizen, telah didapati bahawa Honda Civic itu mempunyai 11 saman berjumlah RM 2,350.

Manakala kenderaan dipercayai milik rakannya, Honda City itu mempunyai 17 saman berjumlah RM 3,600.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Honda Civic itu.

Namun begitu, ada juga cuba berfikiran sehabis baik dengan menyatakan bahawa mungkin pemandu tersebut tidak mempunyai tambah nilai yang cukup dan sebagainya.

Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan akan tindakan wanita itu tidak berhenti di hadapan palang.

Antara komen netizen:

“bapak sngkak owner honda tu..hahahahha”

“mungkin duit dia hbis byar bulan2 tu xbole nk byr tol”

“bole pulakk, abes kdt kott pastu takde tambah nilai. ahh ak abes husnuzon dh ni”

“tatau la.. dgn ownet dashcam ni pun aku geram gak.. kawan dia dah pesan dah bawak pelan2 means tunggu palang tu turun, kalau dia melepasi palang gak..”

Video TikTok yang tular:

@nhm0312 Hmm Bincangkan #Honda ♬ I Ain't Worried – OneRepublic

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.