Viral
Banjir Kilat Sekitar Shah Alam & Klang, Orang Ramai Terkesan Kongsi Pengalaman Mereka

Kebelakangan ini, musim hujan kembali lagi sehinggakan banyak kawasan terkena impak banjir ekoran taburan hujan yang sangat tinggi.
Menurut ciapan yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, mereka telah memaklumkan mengenai ‘Amaran Ribut Petir’ yang berlaku pada 4.40 petang, 10 November 2022 (semalam).
Difahamkan, hujan lebat yang turun sejak petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang mula dilanda banjir kilat.
Kawasan yang dinaiki air termasuklah jalan di Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman yang menghala ke Puncak Alam dan Meru.
Bukan itu sahaja, beberapa kediaman di kawasan sekitar juga dilaporkan air naik sehingga masuk ke dalam rumah atau premis.
Kawasan Jalan Haji Abdul Manan pula dinaiki air sehingga ke paras lutut.
Menerusi hantaran-hantaran yang tular di laman Facebook mahupun di Twitter, warga netizen berkongsikan pengalaman yang mereka lalui sewaktu banjir yang berlaku pada hari semalam.
Ada yang terpaksa mengharungi banjir dengan kereta masing-masing sehinggakan ada yang tersadai di atas jalan raya dan terdapat kesesakan berlaku di beberapa kawasan akibat banjir.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan mangsa-mangsa banjir yang terkesan agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan perlindungan oleh Yang Maha Esa.
Antara komen netizen:
“Allahuakbar..Semoga Allah beri perlindongan buat semua disana..”
“moga dipermudahkan segala urusan kak lang sekeluarga serta warga disana aaminn”
“Semoga baik2 ajer buat mokda dan sahabat2 yang terlibat banjir. Semoga dipermudahkan urusan”
Hantaran yang tular:
Alam budiman nak ke puncak alam air dah naik 😣 pic.twitter.com/jU6FF4DY0h
— Elyana Jeffry (@elleeyanaa) November 10, 2022
Keadaan terkini di Shah Alam & Klang yang dilanda banjir akibat hujan lebat sebentar tadi..
Hati Hati semua pic.twitter.com/S8DkZAfRjE
— Jalan-Jalan Cuti Santai (@JalanCutiSantai) November 10, 2022
Saya dimaklumkan oleh team @MUDAxSelangor yang beberapa kawasan di Shah Alam & Klang sudah mula banjir.
Stay safe semua. 🙏🏽
Team Misi Banjir kami sedang segera ke lokasi. pic.twitter.com/GMsKhRl41K
— amiraaisya (@_amiraaisya) November 10, 2022