Connect with us

Bantuan

Banjir Besar: Isu i-Citra RM10,000 Kembali Hangat

Isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), i-Citra RM10,000 kembali hangat diperkatakan di media sosial ketika.

Orang ramai berpendapat bahawa simpanan KWSP tersebut perlu diluluskan segera ketika ramai mangsa terjejas akibat banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Ada yang nak baiki kereta dan rumah

Menerusi laporan Kosmo, rata-rata orang ramai turut berharap agar kerajaan terus meluluskan pengeluaran wang tersebut sekali gus tanpa syarat memandangkan ramai yang memerlukan ketika ini.

“Luluskan sahaja pengeluaran i-Citra RM10,000 tu, kebetulan dengan keadaan sekarang. Ada yang nak baiki kereta, rumah, kenapa susah sangat.”

Banyak persediaan dan barang perlu diganti

“Cukup-cukup lah berbincang, mesyuarat bagai, duit itu pun hak pencarum,” jelas Zariff Hadi.”

“Tengok keadaan sekarang memang ramai yang memerlukan, pembukaan sekolah pun dah nak dekat. Banyak persediaan dan barang yang perlu diganti.”

“Dah berapa kali bencana kita hadap, berapa kali juga rakyat minta. Kenapa susah sangat nak luluskan?” soal Marzuki68.

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.