Connect with us

Semasa

Bacaan Sungai Klang & Sungai Langat Lebih Paras Bahaya, Lorong SMART Ditutup Bagi Operasi Banjir

Umumnya, pada penghujung tahun kebiasaannya musim tengkujuh berlaku. Jumlah titisan air hujan yang semakin tinggi pada penghujung tahun ini menyebabkan beberapa kawasan terjejas dengan banjir.

Iospital phone repair gombak

Menurut laporan Harian Metro, paras air Sungai Klang di Stesen Bandar Klang dan Sungai Langat di Stesen RS Batu 8, Kuala Langat, telah dilaporkan sudah melepasi paras bahaya setakat pada jam 7.45 pagi tadi.

Berdasarkan laman sesawang InfoBanjir, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang ialah sebanyak 3.28 meter (bahaya) berbanding bacaan normal 2.2 m.

“Bagi Stesen RS Batu 8 Kuala Langat pula, bacaan air pada paras 2.35 m (bahaya) berbanding bacaan normal pada 0.1 m.

“Sementara itu, tiga stesen setakat ini berada pada status amaran iaitu Jeti Teluk Penyamun (Kuala Selangor), Pekan Beranang (Hulu Langat) dan Kampung Rantau Panjang (Klang).

“Bagi Stesen Kampung Salak Tinggi (Sepang), Stesen Kampung Melayu Subang (Petaling) dan Batu 9 (Hulu Langat) masing-masing mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga,” lapornya.

Dalam pada itu, perkembangan terkini dari semasa ke semasa susulan hujan lebat sejak pagi tadi dilaporkan menerusi Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067,” petikan laman tersebut.

Ekoran itu, terowong lebuh SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna jalan raya.

Hal ini dilakukan bagi melencongkan air banjir disebabkan hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada pagi tadi.

Difahamkan menerusi laporan Berita Harian, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) telah memaklumkan menerusi laman Facebook dan Twitternya bahawa penutupan terowong itu sepanjang 9.7 kilometer itu telah dilakukan sekitar jam 8 pagi ini.

“Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir,” terangnya dalam pemakluman berkenaan.

Dikatakan, operasi terowong bawah tanah itu kini sedang mengaktifkan Mod 3, di mana terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada sebarang kenderaan.

Manakala, air banjir pula dialirkan di bahagian bawah terowong.

Terowong SMART memiliki empat mod operasi, di mana Mod 4 merupakan mod yang tertinggi dan akan diaktifkan sekiranya air banjir perlu dialirkan ke laluan trafik.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.