Connect with us

Semasa

ASB Umum Agihan Pendapatan Sebanyak 5 Sen Seunit

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu dan nampaknya harinya telah tiba dimana orang ramai khususnya golongan Bumiputera yang melabur dalam ASB dibawah PNB menantikan dividen.

Pagi tadi baru sahaja diumumkan oleh Pengurusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, dividen ASB pada tahun ini diumumkan dengan agihan 5sen seunit terdiri daripada pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.

Tun Arifin Zakaria berkata, ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik COVID-19 yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada ASB. Dalam pada itu, keadaan ekonomi dilihat pulih pada separuh tahun kedua 2021. Selain itu, saiz dana ASB juga dilaporkan semakin meningkat berbanding tahun lalu.

Berdasarkan jumlah agihan pendapatan yang diumumkan, para netizen rata-ratanya masih berpuas hati melihatkan keadaan ekonomi semasa. Jumlah agihan pendapatan yang lebih tinggi daripada jangkaan antara yang membuatkan para netizen lega.

Tun Ariffin Zakaria turut memaklumkan pihak mereka akan terus berusaha keras dalam menawarkan kadar agihan yang lebih tinggi seiring dengan keadaan ekonomi yang diharap akan semakin pulih.

Buat para pelabur ASB khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB, adakah anda berpuas hati dengan dividen yang diterima? Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai dividen ASB yang baru sahaja diumumkan ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.