Connect with us

Semasa

Dilarang Jual Arak Di Kuala Kangsar Bagi Kawasan Majoriti Islam Bermula Januari 2022

Penjualan arak di kedai serbaneka bukanlah sesuatu yang aneh lagi bagi rakyat Malaysia. Tujuan minuman keras tersebut dijual di kedai serbaneka adalah untuk memudahkan pembeli tanpa pergi ke kedai arak sebenar.

Akan tetapi, dengan kelonggaran yang diberi ini secara tidak langsung akan memberi akses kepada semua golongan untuk membeli minuman tersebut termasuklah pembeli yang beragama Islam dimana umum tahu minuman tersebut dilarang di sisi agama.

Justeru itu, demi mengelakkan isu tersebut timbul, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) membuat keputusan akan menjalankan larangan menjual minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini berkuatkuasa mulai tahun 2022.

Menerusi laporan yang dibuat oleh Kosmo, sebelum ini Majlis Daerah Selama telah menjadi daerah yang pertama mengambil langkah tersebut, menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan perintah itu.

Zulqarnain Mohamad iaitu Yang Dipertua MPKK berkata, hal berkenaan telah disebutkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini.

Namun, walaupun minuman keras yang ada di kedai serbaneka dilarang dijual kepada pembeli beragama Islam, ianya masih dibenarkan dijual kepada penduduk yang beragama selain daripada itu dengan beberapa syarat dikenakan.

“Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri.

“Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” jelas beliau kepada media selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, semalam.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.