Connect with us

Viral

Anak Sulung ‘Mild Autism’ Campak Adik Bayi Ke Lantai Jadi Perdebatan Netizen, Pasangan Akui Harus Lebih Hati-Hati

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme pasti faham dengan situasi di mana mereka perlu memberikan tumpuan lebih kepada anak istimewa mereka ini.

Untuk pengetahuan semua, autisme adalah masalah perkembangan kompleks melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu menyebabkan masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar dan banyak lagi.

Persis seperti anak kepada pasangan ini dimana anak sulung mereka yang mengalami mild autisme telah bertindak melemparkan adiknya yang masih bayi dari dalam stroller ke lantai! Kejadian tersebut sempat dirakam oleh CCTV di rumah mereka dan dimuat naik ke TikTok.

Pemilik video iaitu Amiera Baharom yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme ini akui cemas apabila melihat anak sulung mereka, Amilia bertindak sedemikian.

Video turut memaparkan Amiera yang mulanya berada di dapur menjerit lalu bergegas mendapatkan bayinya, Amina kerana risau bakal berlaku kecedaraan di mana-mana bahagian.

Malah, suaminya yang dilihat sedang duduk berehat di kerusi meja makan terkejut dan langsung tidak menyangka kejadian tersebut akan berlaku.

Amiera turut memaklumkan kepada ramai tindakan agresif Amelia mungkin disebabkan oleh masalah mild autisme yang dialaminya. Dalam pada masa yang sama, pasangan tersebut bersyukur kerana anak bongsu mereka dalam keadaan baik.

“Kami akui silap kami sebab letak Amina dekat situ. Benda nak jadi, kami semua tak jangka semua ni. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia.” kata Amiera.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pandangan diberikan oleh netizen. Mereka turut mendoakan agar pasangan itu sentiasa bersabar dalam menjaga anak-anak mereka terutama sekali Amilia.

Video yang tular di laman TikTok

@amierabaharom Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.