Connect with us

Viral

Anak Sazali Samad Raih 9A Dalam SPM, Terus Masuk Surau Buat Sujud Syukur

Siapa lagi yang tak kenal dengan ahli bina badan negara ini. Sebut sahaja Sazali Samad, mesti sudah terbayang di benak fikiran tentang badan ‘sado’nya itu.

Anak kelahiran Batu Pahat yang pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar ini telah dikurniakan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Semalam (16 Jun 2022) telah keluarnya secara rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ramai ibu bapa termasuk Sazali sendiri dilihat menemani anak mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan tersebut.

Menerusi sebuah video yang dikongsi Sazali di TikTok, anaknya dijemput naik ke pentas kerana berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 9A!

Anak lelaki Sazali yang bersekolah di SMK Keramat Wangsa, Hisyamuddin turut tidak menyangka akan peroleh keputusan tersebut dilihat mengalirkan air mata terharu. Dia turut memeluk ayah dan adik perempuannya.

Apa yang membuatkan netizen terharu, anaknya itu terus pergi ke surau untuk membuat sujud syukur atas kejayaannya. Selain itu, Sazali turut menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan yang diperoleh Hisyamuddin.

“Tahniah anakku Hisyamuddin 9A bangga Ayah, mak and family semua.. syukur pada Allah atas keizinanNya. terima kasih pada Guru Besar, Cikgu-cikgu yang mengajar, mendidik murid-murid semua” tulis Sazali di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah kepada Hisyamuddin. Dalam pada itu, mereka memuji Sazali kerana bijak mendidik anak-anaknya sehingga memperoleh kejayaan.

Setakat ini, video yang dimuat naik Sazali berjaya meraih tontonan sebanyak 465.6 ribu dan mendapat 47.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@sazali.samad Tahniah anakku Hisyamuddin 9A bangga Ayah, mak n family semua.. syukur pd Allah atas keizinanNya.🤲 terimakasih pd Guru Besar, Cikgu2 yg mengajar,mendidik murid2 semua #sazalisamad #bodybuilder #sado #hisyamuddinsazali #spm9a2021 #smkkw #keputusanspm2021 #anakayah #mogaterusmaju ♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.