Connect with us

Semasa

Anak A R Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya Mati Tertembak Semasa Demonstrasi

MEJAR Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Difahamkan, mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul. Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang […]

Ajal maut ditetapkan Ilahi. Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan anak kepada pelakon popular A.R. Badul telah disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Difahamkan demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.

Semasa kejadian, mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Allahyarham telah rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan.

Walaubagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.