Connect with us

Selebriti

Ameera Khan Belum Bertudung Sempurna, Ibu Neelofa Mohon Doa Ramai

Nama adik kepada selebriti yang juga pengacara terkenal tanah air Neelofa iaitu Ameera Khan hangat diperkatakan baru-baru ini apabila mengenakan aksesori kepala sambil menampakkan rambut panjangnya.

Isu tersebut timbul apabila Ameera dilihat sudah lama mengenakan tudung dengan sempurna namun tiba-tiba memuat naik gambar yang tampil tidak bertudung, menyebabkan buah mulut kepada netizen.

Ibu kepada Neelofa dan Ameera, Datin Noor Kartini menjawab isu penampilan bertudung ‘on off’ anaknya itu. Katanya, Ameera masih belum berhijab sepenuhnya dan dalam proses belajar.

“Dia masih lagi dalam fasa untuk melatih diri dia (bertudung dengan sempurna). Ini yang mana, kalau kita tengok, Ameera bukan (belum lagi) bertudung secara penuh. Ada ketikanya dia masih mengenakan topi atau ‘headband’.

“Jadi bagi sayalah, sesiapa sahaja baik kita lagi doakan yang baik-baik sebab yang baik tu kita juga yang akan dapat nanti, Insya-Allah.” kata usahawan terkenal berumur 55 tahun yang bersyukur anak-anaknya tidak terjebak dengan gejala sosial biarpun menetap di ibu kota.

“Saya begini, boleh dikatakan bersyukur kerana tiada satu pun anak saya, selama tinggal di ibu kota Kuala Lumpur ini, orang nampak mereka di pusat hiburan, minum (minuman keras), mabuk, hisap rokok.

“Sebab kalau nak diikutkan dengan keadaan serta kehidupan gaya hidup kita, orang kata banyak lagi benda-benda lain yang lebih teruk kan.

“Tapi alhamdulillah, kita bersama-sama dalam circle keluarga. Malah, Ameera pun selalu bersama-sama adik beradik yang lain kecuali jika ada jemputan di majlis jenama tertentu. Macam itu sahaja.”

Noor Kartini akur dengan kehidupan mereka sekeluarga sebagai ‘public figure’ yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

“Cuma mungkin sebab kita dikenali, jadi apa sahaja benda kecil pun orang akan nampak besar. Sedangkan orang lain mungkin ada hal yang lebih besar lagi tapi tertutup.

“Kita kena terima benda itu. Kalau kita bukan siapa-siapa, tak ada orang nak ambil tahu. Jadi kena kuatlah.” katanya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.