Connect with us

Viral

Akibat Tak Puas Hati, ‘Pak Guard’ Dengan Pelawat Bertumbuk Di Hospital Temerloh

Entah mengapa sejak kebelakangan ini sering kita lihat dan dengar tentang isu bergaduh sesama sendiri di negara ini. Malah isu-isu sebegini cepat sahaja tular dek kerana orang ramai yang merakam dan memuat naik ke sosial media.

Kebanyakan daripadanya berlaku hanyalah kerana salah faham semata-mata tapi diperbesarkan tanpa berusaha menyelesaikan pertengkaran secara baik.

Persis seperti kisah baru-baru ini yang dipercayai berlaku di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. Pergaduhan yang berlaku di antara pengawal keselamatan lelaki dan beberapa orang pelawat sempat dirakam dan dimuat naik ke sosial media oleh seorang individu yang tidak dikenali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Punca kejadian dikatakan kerana rasa tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di wad.

Video berdurasi 19 saat yang dimuat naik semula oleh media ini kini telah berjaya mendapat tontonan sebanyak 186.2 ribu serta meraih 6070 tanda suka!

Situasi tegang yang dipercayai berlaku pada 30 Mei lalu terjadi di hadapan bangunan utama HOSHAS, melibatkan beberapa orang lelaki dan pengawal keselamatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu bermula selepas seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan beberapa pelawat hospital yang menjaga pesakit.

“Kejadian berpunca daripada pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan hospital yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di Wad Kenanga 14.

“Susulan itu pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan ekoran daripada kejadian tersebut.”

Menurutnya lagi, pihak polis kini sedaya upaya menjejak individu-individu yang terlibat dengan pergaduhan tempoh hari dan menyeru orang ramai yang melihat kejadian tampil memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Orang ramai juga digesa untuk menyalurkan maklumat jika berlaku sebarang pergaduhan kepada pihak polis dengan menghubungi bilik gerakan daerah atau mana-mana balai polis yang berdekatan”

Video yang tular di laman TikTok

@ohbulanofficial 30 Mei 2022 – “Ha nih, gadoh gadoh gadoh” #ohbulan #tiktokohbulan #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – Ohbulan

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.