Connect with us

Semasa

Akhirnya Pingat Emas Gimrama Malaysia Dikembalikan Semula

Beberapa hari lalu, negara kita telah menerima berita yang menimbul kemarahan buat kontinjen dan seluruh rakyat Malaysia apabila penganjur Sukan SEA menarik semula satu pingat emas yang dimenangi atlet gimrama negara, Izzah Amzan dalam acara gimrama.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman menegaskan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur dan memprotes tindakan yang dibuat oleh penganjur.

Malaysia telah bertindak menghantar surat bantahan rasmi kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC) menerusi Chef de Mission kontijen Malaysia berhubungan penarikan pingat itu.

Nampaknya usaha tersebut telah membuahkan hasil apabila Ketua Kontijen Negara Sukan SEA (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengesahkan Izzah memperolehi semula pingat emas yang dimenanginya.

 

Tambah Megat, penganjur telah bersetuju dengan klausa buku peraturan Sukan SEA dan menerima protes yang dikemukakan oleh Malaysia.

Ini bermakna Malaysia memperolehi tambahan 1 pingat emas yang sebelum ini telah ditarik balik dan CDM menjelaskan bahawa penganjur sukan akan menambah semula pingat emas tersebut selewat-lewatnya petang ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.