Connect with us

Selebriti

Ajar Tarik Belut Di Sawah, Netizen Puji Shuib Biasakan Anak Dengan Aktiviti Kampung

Bak kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang diibaratkan seperti sehelai kain putih ini perlulah dicorakkan dengan perkara yang baik agar menjadikannya manusia yang berguna kelak.

Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka. Kesibukan bekerja bukanlah satu alasan untuk tidak memberi didikan kepada anak-anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana pelawak dan usahawan Bubble Bee, Shuib bersama anak ketiganya, Matin sedang membuat aktiviti kampung.

Walaupun sibuk menguruskan perniagaannya, Shuib dilihat tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa malah menjaga amanah yang diberi dengan baik sekali.

Netizen turut memuji cara Shuib meluangkan masa bersama anak-anaknya kerana dianggap lain daripada yang lain! Sesetengah ibu bapa di luar sana mungkin mengajak anak mereka untuk menonton wayang mahupun berbelanja di shopping mall.

Namun, menerusi video yang dikongsi, Shuib mengajar anaknya Matin cara-cara mengumpan belut di sawah. Mereka berdua membuat cubaan untuk menarik belut dari ‘sarangnya’.

Selain itu, mereka dilihat berjaya menangkap seekor belut yang besar dengan hanya menggunakan tali dan ranting pokok sebagai umpan.

Sejak video tersebut dimuat naik di TikTok, ianya berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 433.7 ribu dan mendapat 24.4 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji Shuib kerana memberi anaknya merasa suasana di kampung dan secara tidak langsung memberi kenangan yang manis untuk dikenang oleh anaknya apabila besar nanti.

Video yang tular di TikTok

@shuibsepahtu Siakap sawah 😂🪱 #pershuibofhappyness #Fyp #Belut ♬ original sound – Shuib Sepahtu

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.