Connect with us

Politik

Ahli UMNO Dipecat & Digantung, Ini Penjelasan Presiden UMNO Zahid Hamidi

Parti-parti politik di tanah air kita ini bertanggungjawab dalam memainkan satu peranan yang penting dalam mengekalkan kestabilan politik. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang diketengahkan dalam parti-parti politik ini.

iospital phone repair gombak

Memetik laporan Harian Metro, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa keputusan memecat dan menggantung ahli-ahli UMNO telah dibuat melalui perbincangan bersama-sama.

Dipercayai, hal ini dilakukan oleh parti tersebut bagi kepentingan parti itu semata-mata.

Jelas Zahid Hamidi, ia merupakan tindakan yang diputuskan bersama demi kemaslahatan Umno bukannya berkepentingan terhadap mana-mana individu.

Difahamkan, kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan UMNO bergerak sehati sejiwa perlu diperkasakan menjelang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Sebarang anasir yang boleh memecah belah atau mengganggu-gugat ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.

“Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan Umno.

“Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian,” tulisnya melalui hantaran laman Facebook beliau.

Berdasarkan kenyataan Zahid Hamidi, bukan saja UMNO, malah badan politik lain turut melakukan tindakan yang sama bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.

“Seperti saya katakan kini bukan masa untuk menoleh. Umno sudah mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini.

“Apa yang sudah berlaku suatu penegasan oleh parti bahawa Umno tidak pernah tentang individu. Umno adalah mengenai rakyat dan negara.

“Umno sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang,” terang beliau.

Terangnya, gerak kerja PRU-15 menjadi fokus utama sehingga tiba tarikh penting itu.

Dan dikatakan bahawa UMNO akan terus mara demi rakyat Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat keputusan memecat keahlian Ketua Umno Cawangan Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan yang juga blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, mengumumkan bahawa tindakan itu diambil selepas ketua UMNO cawangan itu didapati melanggar Etika Ahli di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Bukan itu sahaja, malah Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman juga digantung keahlian parti selama enam tahun.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.