Connect with us

Semasa

Agong Titah Pada Sesi Sembah Taklimat, Beri Perhatian Sistem Amaran Awal Bencana & Agihan Bantuan

Musim tengkujuh sering berlaku pada penghujung tahun di Malaysia sehingga boleh mengakibatkan banjir di beberapa kawasan. Oleh hal demikian, pihak yang berkaitan haruslah membuat persediaan awal dan mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir nanti.

Iospital phone repair gombak

Memetik laporan Astro Awani, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada hari semalam, agar kementerian tersebut memberikan perhatian terhadap sistem amaran awal bencana sebagai persiapan menghadapi banjir.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa Al-Sultan Abdullah menitahkan agar proses pengagihan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat banjir juga haruslah diberikan perhatian.

Difahamkan, Seri Paduka telah bertitah sedemikian pada sesi sembah taklimat cuaca dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang telah diadakan pada hari semalam di Kuala Lumpur.

“Pada taklimat hari ini, JPS dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sembah maklum data, persiapan dan lokasi ‘hotspot’ banjir kepada Seri Paduka dan Tuanku berpuas hati.

“Tuanku menekankan soal sistem amaran awal dan kita sembah maklum bahawa KASA telah menambahkan fasiliti amaran awal seperti siren dan kemudahan lain terutama kawasan hotspot.

“Tuanku juga titahkan pelarasan dari segi bantuan di bawah NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dengan agensi lain bagi mengelakkan kekeliruan di samping bantuan sampai kepada mangsa,” terang beliau.

Sebelumnya, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat itu yang diadakan secara tertutup.

Hal ini telah dilakukan oleh baginda bagi mengetahui kesiapsiagan agensi terlibat untuk menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 yang dijangka akan berlaku pada pertengahan November dan berakhir pada Mac 2023.

Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh dan Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah turut hadir dalam sesi sembah taklimat tersebut.

Dikatakan, sesi sembah taklimat yang diadakan selama dua jam itu bermula dengan keadaan cuaca dan persiapan banjir daripada JPS serta MetMalaysia.

Lalu, mengenai situasi terkini COVID-19 dan persediaan Kementerian Kesihatan (KKM) menghadapi banjir oleh Khairy.

Kemudian, Al-Sultan Abdullah berkenan melawat pusat kawalan PRABN.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan bahawa KKM turut membentangkan persiapan dan penempatan bagi petugas kesihatan di pusat pemindahan sementara (PPS) serta perancangan lanjut jikalau fasiliti kesihatan awam turut dilanda banjir.

Setelah disoal adakah sesi sembah taklimat itu menyentuh mengenai persiapan untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), katanya perbincangan taklimat berkenaan diadakan hanya menjurus kepada persediaan menghadapi musim banjir.

“Tuanku hanya minta pandangan isu ini secara biasa bukan (kerana) PRU15, sebab memang kita berdepan Monsun Timur Laut, tak ada perbincangan selanjutnya (mengenai PRU15). Tuanku sangat cakna dengan kesejahteraan rakyat,” jelas beliau lanjut berhubung dengan soalan yang telah dikemukan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.