Connect with us

Semasa

Abang Viva Viral Dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah

Siapa lagi yang tidak kenal dengan Abang Viva yang namanya hari demi hari makin sering kita lihat terpampang di seluruh media sosial.

Selepas namanya hangat diperkatakan di media sosial dengan sifat baik hati dan ringan menghulurkan bantuan, kini Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar menerima anugerah penghargaan pula daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Azwan sanggup mengambil cuti kecemasan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di beberapa buah negeri.

Jasanya telah menjadi suri teladan buat orang ramai di luar sana. Dengan hanya berbekalkan RM50, dia sanggup membawa bot yang diletakkannya di atas bumbung kereta Viva miliknya dari Melaka ke Selangor.

Azwan kini dikhabarkan sedang giat membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri yang lain selain Selangor. Rata-ratanya memuji kebaikan yang disalurkannya kepada orang ramai.

Untuk menghargai sifat prihatin dan dedikasi dalam meringankan beban mangsa bencana banjir yang ditunjuk dirinya itu, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan sukacitanya menganugerahkan Azwan dengan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di laman Facebook.

Terharu dan senang hati menerima penghargaan itu, Azwan telah berkongsi pengalamannya tersebut di dalam laman TikTok.

Azwan turut menganggap penghargaan yang diterimanya itu adalah berkat daripada doa ibu bapanya serta orang ramai di luar sana.

“allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil penghargaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH” tulisnya di ruangan kapsyen.

@abangvivaofficial #abangvivaofficial #atar1 ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir


Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Azwan. Selain itu, mereka juga berkata bahawa penghargaan tersebut memang layak dianugerahkan kepada Azwan atas sumbangan yang telah diberikannya kepada masyarakat Malaysia.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan ucapan terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir dan memintanya agar meneruskan perjuangannya dalam misi menyelamatkan orang ramai.

Selepas lapan jam berkongsi video tersebut di laman TikTok, video tersebut telah meraih sebanyak 1.1 juta kali tontonan, beratus ribuan tanda suka dan dibanjiri dengan komen-komen positif.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.