Connect with us

Semasa

6 Kadar Lebuhraya Lembah Klang Bakal Dikurangkan, Ini Penjelasan PM Ismail Sabri

Lebuhraya tol boleh didapati di setiap lebuhraya yang terdapat di Malaysia. Bagaimanapun akibat kos kenaikan sara hidup semakin tinggi tahun demi tahun, kadar tol bagi enam lebuh raya di Lembah Klang akan berkurangan.

Iospital phone repair gombak

Hal itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat di negara ini, menerusi laporan The Star.

“Bagi menunjukkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi rakyat akibat kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan mengurangkan tol.

“Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Penyuraian Kajang (SILK) yang akan berkuat kuasa pada 12.01 pagi 20 Oktober ini,” kata beliau.

Difahamkan, kenyataan beliau telah dikeluarkan ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada hari ini.

Menurut kenyataan Ismail, langkah penstrukturan semula yang dibuat itu bakal menjimatkan pampasan yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi terbabit sebanyak RM 8.8 bilion.

Tambahnya lagi, kerajaan juga telah bersetuju dengan pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di bawah Kumpulan IJM.

Dikatakan, pengurangan kadar tol itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan.

Selain daripada itu, pembinaan lorong tambahan dan satu terowong baharu akan dilakukan bagi menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Tol Plaza Gombak ke Tol Plaza Bentong.

“Pada masa sama, kerja tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) juga akan dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir yang sering berlaku.

“Semua kerja penambahbaikan yang saya maklumkan sebentar tadi, mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.

“Melalui penstrukturan terbaharu ini, kerajaan menjimatkan RM 8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terbabit,” terangnya.

Ekoran dengan langkah yang telah dirancang itu, maka pengguna lebuh raya akan mampu menikmati kadar tol yang lebih rendah dan dapat meringankan sedikit sebanyak beban kos sara hidup masing-masing.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.