Connect with us

Semasa

Nafi Kerajaan Campur Tangan Kenaikan OPR, Ini Penjelasan Menteri Kewangan

Seperti yang kita tahu, inflasi berlaku di seluruh dunia mahupun di negara Malaysia. Ekoran masalah inflasi yang melanda ini, pelbagai masalah yang timbul sehingga menyukarkan kehidupan seharian kita sebagai penduduk.

Berdasarkan laporan The Reporter, kerajaan memaklumkan bahawa mereka tidak campur tangan dalam kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara.

Hal ini disebabkan ianya ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa OPR ini terletak di bawah Akta Bank Negara 2009 dan susulan itu, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan yang berkaitan dengannya.

“Ramai mengatakan kerajaan lebih utamakan pihak bank (naikkan OPR), OPR ini bukan kerajaan yang buat keputusan, kerajaan tidak masuk campur soal ini (OPR). Itu harus diperbetulkan.

“Kenaikan OPR itu juga tidak kayakan bank kerana mereka juga perlu membayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit. Jadi, secara jujur saya tidak tahu dakwaan sekiranya OPR akan naik lagi,” jelas beliau.

Menurut beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan 75 mata asas sejak Januari lepas dan kesannya OPR negara kini berada pada tahap 2.5 peratus.

“Perlu bandingkan dengan OPR negara-negara lain, negara lain naik lebih 225 mata asas tetapi kita masih di tahap 2.5 peratus. Adakah ini tinggi, saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9 peratus dan suku kedua adalah 8.9 peratus.

“Harus juga ingat OPR negara sebelum pandemik COVID-19 adalah sekurang-kurangnya tiga peratus sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif,” terang beliau berhubung dengan isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rasmi 2022, di mana antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Perkembangan suku kedua yang memberangsangkan ini disumbang oleh inisiatif Bajet 2022, pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi, Bajet 2021, serta dasar monetari yang berhemat,” ulas beliau lagi.

Bukan itu sahaja, petunjuk-petunjuk ekonomi terkini turut memberikan gambaran bahawa pemulihan ekonomi negara semakin pulih.

Di mana indikator positif diberikan kepada segmen-segmen perniagaan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi, tambahnya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.